Wednesday, 18 May 2011

abe ya ganti abe kar ................?

Berdasarkan kepada prestasi kelantan masa kini memang tidak dinafikan kelantan berada di situasi yang amat selesa, berada pada final piala fa, kemungkinan untuk mengatasi selangor dalam liga selepas malam ini dan untuk kejuaraan piala malaysia. momentum pemain yang sangat baik merujuk kepada kemenangan dalam separuh akhir piala fa dengan jumlah jaringan yang sangat besar. Pemain penyerang yang cukup mantap tak kira siapa pun yang diturunkan, ramzul, canturu, awe, khalid ,nizad mahupun matyo semuanya telah melaksanakan tugasan dengan baik bermula dari awal museim. bahagian tengah yang diterajui oleh piya dan konco-konconya memang menakjubkan dengan sumbangan kepada penyerang sehingga menghasilkan jumlah jaringan yang cukup besar iaitu 39. Pertahanan yang mantap di awal musim menjanjikan hari mendatang yang amat cerah tetapi mendung dipertengahan jalan sehingga menyebabkan tan sri anuar musa mengesyorkan supaya abe kar bergabung dengan abe ya. Masalah bermula apabila kelantan mula dibolosi dengan gol yang banyak sehingga penyokong fanatik kelantan tidak senang duduk dan mula berkata sesuatu yang tidak patut diucapkan. Sesekali pandang kelantan tidak boleh lepas hubungan daripada abe ya. Rentetan daripada gabungan tersebut kelantan kembali menggemparkan dan menjadi pemusnah sesiapa sahaja di hadapan yang menjadi halangan termasuklah gergasi merah yang sebelum ini gah dengan reputasinya. Adakah abe kar yang cukup dikagumi sebelum ini tidak boleh duduk berdiri dengan sendiri perlu bergantungan dengan orang lain. nampak sangat bahagian pertahanan dipengaruhi oleh abe ya. Pilihan abe kar daudsu, rizal fahmi, roypi dan farisham robek dengan banyak manakala pilihan abe ya audsu, subra, roypi dan farisham ( sama seperti tahun 2010 ) begitu ampuh. abe ya secara single berjaya tahun lepas tetapi abe kar perlu bantuan. jika ini masih berlarutan dengan gabungan kita tidak mahu seperti mana yang terjadi kepada pasukan liverpool pada suatu ketika dahulu. adakah abe ya ganti abe kar........................................................?

No comments:

Post a Comment